Halaman

Sabtu, 15 Julai 2023

NUTRELLE : ATASI SEMBELIT SEBELUM MENJADI TOKSIN

 



Sembelit ialah bila kita susah buang air besar. Sembelit berlaku apabila pergerakan usus besar yang perlahan sehingga najis yang mulanya berbentuk cair menjadi keras apabila berada di hujung dubur (anus). Sembelit dikaitkan dengan masalah kesihatan yang lebih kronik oleh itu kena atasi sembelit ni jangan biar lama-lama. 


Dalam artikel ini, saya akan kongsikan: 

1. Bahaya sembelit 

2. Kenapa sembelit? 

3. Cara saya atasi sembelit 


Kenapa sembelit najisnya keras dan bahaya sembelit


Ini kerana sepanjang pergerakan yang perlahan itu cecair dari najis akan diserapkan semula ke dalam usus besar. Oleh itu sembelit mendatang kemudaratan jika ia dibiarkan lama kerana semua toksik dalam najis telah diserap semula. Bahaya tu kalau dah toksik diserap oleh usus, itulah penyebab kita jadi letih, muka tak bermaya, kulit berkedut, jerawat yang lebih teruk kanser usus, darah tinggi dan pelbagai penyakit lain lagi.


Orang yang lama mengalami sembelit (chronic constipation) akan menyebabkan tubuh mereka lemah, cepat letih, pucat dan tidak bermaya. Jika tidak dirawat segera ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar. Selain itu sembelit akan menghalang gas dalam usus dikeluarkan sebagai kentut. Ini menyebabkan perut menjadi kembung dan akhirnya tidak selesa. 


Kenapa boleh terjadi sembelit?


1. Kurang serat dalam diet harian 

2. Kurang melakukan aktiviti fizikal 

3. Pengambilan ubatan tertentu 

4. Perubahan dalam aktiviti/rutin harian contohnya mengandung 

5. Penyakit tertentu 

6. Kekurangan air 

7. Penyalahgunaan ubat julap 

8. Mempunyai masalah dengan fungsi usus 


Oleh itu, jika sesiapa yang mengalami masalah sembelit yang kronik haruslah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui tahap kesihatan diri kita.


Untuk pengetahuan anda, saya pun alami masalah sembelit ni atau kata paling lembut susah nak buang air besar..hihi Takut jugak sebab kerana toksin yang banyak dalam badan kita boleh sakit, sembelit akan menyebabkan usus kita serap balik toksin yang ada dalam najis.


Kemudian toksin tu akan merebak ke seluruh badan. Dalam jangka masa pendek kita tak nampak kesan tapi dalam jangka masa panjang pasti ada kesannya seperti mendapat sakit degeneratif seperti jantung, kanser, buah pinggang dan sebagainya.


Nampak macam hal kecil je kan sembelit ni tapi impak cukup besar dalam kesihatan kita. 


Saya tahu bila kita sembelit ni susahnya nak meneran, kadang-kadang perut jadi kembung dan sebu. Sampai satu tahap angin naik sampai kepala kemudian jadi pening nak muntah pula. Saya alami dan anda juga mungkin sekarang ini sedang mengalaminya juga, itu semua sebab tu saya taknak lagi sembelit ni, saya nak badan saya sihat.


Ada pelbagai jenis produk dipasaran termasuk di farmasi, anda perlu berhati-hati memilih kerana kebanyakannya hanya berikan kesan sementara dan ada kesan sampingan terhadap Usus anda.


Cara atasi masalah sembelit


Nak tak kalau ada penyelesaian untuk masalah anda hanya gunakan bahan semulajadi saja tak ada bahan kimia merbahaya? Pasti selamat.


Tapi sekarang Alhamdulillah, sejak guna Nutrelle Extra, Ia sangat2 berkesan. Kalau tak amik beberapa hari lepas tu saya masih lawas. Jika di ambil secara konsisten insyaAllah masalah sembelit malahan, buasir pun dapat di atasi. Rasa sakit perut pun tak kuat, dan tak memulas seperti makan julap. 


Nutrelle Extra juga bertindak dalam 4 fasa:

1) Detoks

2) Pemulihan

3) Memelihara

4) Rejuvenasi

Saya akan terangkan lebih detail dalam posting akan datang๐Ÿ˜Š


Masalah sembelit kena atasi segera jangan ambil mudah kerana ianya boleh merosakkan badan kita dan organ-organ dalaman dengan cara menyebarkan toksin. 


๐Ÿ’œ

@bihaeskayvie

Tiada ulasan:

Catat Ulasan