Halaman

Khamis, 13 Julai 2023

TIPS DIDIK ANAK JADI BIJAK

TIPS 1 : KOMUNIKASI 

Ramai ibu bapa di luar sana yang mahu anak-anak jadi bijak tapi kurang berkomunikasi dengan mereka. Salah tu! Anda harus kerap berbual dan berkomunikasi dan pastikan anda ada masa buat mereka.
Apabila mereka rasa disayangi, ini secara tak langsung akan bantu proses perkembangan otak mereka juga. 




TIPS 2 : BERI RUANG 

Dalam proses tumbesaran, anak-anak dilengkapi dengan rasa ingin mencuba sesuatu kerana semua perkara mereka nampak baru bagi mereka. Sebagai ibu bapa, penting untuk anda sediakan ruang khusus untuk mereka bermain dan terokai dunia di sekeliling mereka. Mana tahu, anda akan nampak bakat terpendam mereka nanti! 




TIPS 3 : ELAK GAJET! 

Untuk sokong minda anak-anak berkembang dengan baik, ibu ayah perlu pastikan mereka tidak menggunakan gajet secara kerap. Kalau boleh, jauhkan mereka daripada dunia maya, dekatkan dengan dunia alami. Ajak mereka lakukan aktiviti seperti membaca buku, melukis ataupun teman mereka bermain di luar rumah. Semestinya banyak manfaat bukan sahaja kepada perkembangan intelekutal, tetapi kepada peningkatan fungsi motor mereka juga 😍 




TIPS 4 : PUJI DAN HARGAI

Sedangkan kita yang dewasa pun sukakan kata-kata pujian, apatah lagi anak-anak kecil yang juga pasti gembira sekiranya dipuji dan dihargai. Sebagai ibu ayah, penting untuk anda sentiasa berikan pujian sebagai tanda penghargaan dan elakkan memarahi mereka secara melampau. Ini kerana, emosi anak-anak juga sebenarnya boleh mempengaruhi tahap perkembangan minda mereka. 

Mudahkan nak didik anak menjadi bijak? Ibu ayah boleh mula amalkan tips ini seawal anak berusia setahun. 

#EskayvieiQids 
#EskayvieMalaysia
#KitaIkhtiar

💜
@bihaeskayvie 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan